Selasa, 04 Maret 2008

HUBUNGAN TEKNOLOGI KOMPUTER DENGAN KESENIAN

Teknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alat dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi hadapan. Sekaligus tranformasi seni ini boleh dijadikan pemangkin kepada pendidikan dan pengajaran. Tidak dapat dinafikan generasi
sekarang dan akan datang telah dan terus terdedah kepada perkembangan teknologi dunia.

Pengenalan

Manusia tidak pernah berhenti pada satu keadaan. Begitu juga perkembangan pemikiran, ide, aliran dan falsafah. Terciptanya sesuatu yang baru sekarang ini bukanlah bermula dari tiada tetapi ia sebenar ianya diberi pembaharuan yang lebih maju dan berteknologi. Di zaman sekarang tenaga elektrik menjadi keperluan utama manusia dalam kehidupan seharian. Ia mengerakkan perkakasan elektronik sekaligus menjadi tenaga menghidupkan zaman teknologi.
Rata-rata manusia mengaitkan teknologi dengan elektonik. Jadi ini adalah hakikat teknologi sekarang. Mungkin ianya berbeza 50 ataupun 80 ataupun beratus tahun dahulu dimana semasa teknologi tidak berasaskan elektronik.

Menurut Alvin Toffler manusia sekarang ini sedang melalui proses gelombang ketiga. Apa penentu gelombang ketiga? Sukar dan payah untuk menentukan faktornya selain daripada yang dapat dikaitkan dengan rantaian atau hubungan teknologi. Menurut beliau lagi, manusia telah melalui gelombang pertama yang melahirkan masyarakat pertanian dan gelombang kedua yang melahirkan masyarakat industri berat. Dan dalam gelombang ketiga ini tidak dapat dipastikan manusia sudah sampai ditahap mana. Peralihan yang berlaku didalam proses gelombang ketiga adalah hasil dari pembaharuan kehidupan, pemikiran, informasi serta konflik gelombang pertama dan kedua.

Revolusi ini memberi kesan yang kuat keatas corak kehidupan moden samada
sistem cara hidup ataupun nilainya. Revolusi ini juga mencetus perubahan serta
anjakan dalam segala bidang termasuklah seni.

Ini merupakan kajian luaran bagi melihat sambutan masyarakat dan pengkarya
terhadap peralihan zaman teknologi elektronik. Adakah masyarakat, para ilmuan
dan pelukis Malaysia menerima teknologi dalam seni ataupun gabungan seni dan
teknologi sebagai suatu keluarga atau ketogari baru dalam seni? Atau payahkah
seni dan teknologi ini untuk dihasilkan di dalam konteks persekitaran budaya
Malaysia? Terancamkah segala keunggulan seni tradisi bangsa dan seni
konvensional yang selama ini diagung-agungkan? Walau bagaimanapun kita akan
mengikut hanya apabila yang diterokai oleh Barat atau Eropah diiktiraf.

Apa yang dapat dilihat di sini bahawa teknologi elektronik yang diguna pakai
hari ini dapat menambahkan kecenderungan kepada jumpaan-jumpaan baru oleh para
pelukis, mempelbagaikan media dan proses seni, dan melihat kesan yang boleh
diperolehi daripada gabungan kedua-dua unsur tersebut iaitu seni dan teknologi.

Perkembangan Teknologi & Seni
Menyedari akan kesan hasil dari
perkahwinan antara seni dan teknologi. Keghairahan melayari zaman teknologi
mengajak generasi baru pengamal seni serta pengkarya seni atau mereka yang
inginkan pembaharuan sama-sama menjadikan inovasi teknologi terkini sebagai
suatu pengucapan seni bentuk baru. Anjakkan demi anjakkan, eksplorasi demi
eksplorasi dan sempadan seni mula dicabar dan dilebarkan. Percubaan-percubaan
ini benar-benar mencabar pendekatan penyampaian seni dewasa ini.

Dalam seni juga berlaku perubahan dan perkembangan dan ianya dianggap
bergerak seiringan dengan kemajuan teknologi dunia, hasil dari perkembangan
revolusi perindustrian dan mesin. Ramai pengkarya telah cuba menjadikan objek
sebagai sebahagian daripada objek seni dengan menafikan tujuan sebenarnya
(dematerialize). Menyingkap perkembangan awal, percubaan mengabungkan seni dan
teknologi ini telah lama bertapak hasil kutipan dan pembaharuan dari pembawakan
aliran dadaisma dan konstrukturvisma oleh Duchamp, Laszlo Moholy Nagy, Man Ray
dan Alexander Calder. Juga gerakan awal dari beberapa kumpulan seni seperti ZERO
di Jerman 1957 dan Groupe de Recherche d’ Art Visuel (GRAV) di Perancis 1960.
Karya yang dihasilkan lebih bersifat arca kinatik yang kelihatan seperti mesin.
Tetapi perkembangan ini sukar diterima sehinggalah dalam tahun 60an seni dan
teknologi ini dimashyurkan di Amerika. Bergerak seiring dengan lain-lain aliran
seperti Pop Art yang cenderung memperkatakan tentang kehidupan kontemporari dan
Conceptual Art yang bermain dengan pemikiran-manipulasi minda dan falsafah yang
kadangkala bukan bersifat seni. Dalam tahun 1966 Experiments in Art and
Technology ditubuhkan memperlihatkan kerjasama antara saintis dan pelukis.
Perkembangan seni ini membawa suatu pengucapan baru dalam persembahan dan aliran
seni tampak. Kepelbagaian elemen yang melibatkan cahaya dan kinatik ditampilkan.
Keghairahan menjadikan mentol serta lampu elektrik sebagai medium baru
ditampilkan dalam karya-karya Dan Flavin (Green Crossing Green, 1966) dan Bruce
Nauman (Green Light Corridor, 1970).

Kepesatan dunia sains dan teknologi yang bermaharajalela mewarnai kehidupan
kontemporari telah mencetuskan suatu bentuk medium dan penyampaian baru.
Penampilan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak altenatif kepada pengamal seni.
Video dan filem berkembang sebagai penyampai baru seni tampak yang agak
konsepsual.

Kemunculan seni berbentuk ‘motion’ yang dikenali seni video menjadi suatu
peralihan baru terhadap orentasi teknologi. Seni video melibatkan ‘masa’ malah
tidak bersifat statik seperti catan, arca ataupun foto. Peralatan seperti
monitor televisyen atau projektor dan peralatan video menjadi sebahagian dari
orentasi objek seni. Nam June Paik pengamal seni yang amat cenderung dengan
penggunaan elektronik dalam karyanya mampu mengutarakan pelbagai persoalan dan
maksud (TV Buddha 1974-82, V-yramid 1982). Beliau dianggap pelopor seni video
dunia, cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang disalurkan melalui media
ini telah berjaya menguasai serta menembusi pemikiran manusia dalam kehidupan,
budaya, kepercayaan, bangsa dan agama.

Marshall McLuhan seorang ahli sosiologi mengganggap “The medium is the
message[1]”

Bagi beliau setiap bahantara itu mempunyai atau memberi gaya komunikasinya
sendiri melalui penstrukturan maklumat dan imbangan deria.

Jika dilihat perubahan dan perkembangan seni dan teknologi ini tidak langsung
menjejaskan bahasa dan tatabahasa seni tampak. Perletakan elemen formalistik
seni dan konteks serta isinya masih lagi dalam aturan yang sama. Jelas sekali
para pelukis tidak mengabaikan atau mengenepikan elemen-elemen seperti garisan,
rupa, bentuk, ruang dan sebagainya termasuklah komponan lain seperti imbangan,
harmoni, ulangan dan sebagainya. Cuma teknik dan gaya pengucapan atau
penyampaian sahaja yang berlainan.

Di Malaysia hanya segelintir sahaja
pengamal seni seperti Hasnul_Jamal_Saidon, Wong_Hoi_Chong, dan Kungyu_Liew yang
berani membawa pendekatan seni elektronik ini. Terdapat usaha yang dijalankan
oleh Balai Seni Lukis Negara untuk membantu dalam mengenengahkan perkembangan
seni elektronik ini seperti menganjurkan Video Art Festival 1994 yang
menampilkan kepelbagaian pelantar katogari teknik dan proses.

Melalui
pameran solo Hasnul Jamal Saidon, Hyperview (1997) cuba menggabung beberapa
pendekatan seperti kolaj digital, seni video, seni interaktif multi-media,
komputer animasi dan juga lukisan dan catan. Menerusi kepelbagaian ini telah
memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan bahawa teknologi tidak
mengasingkan seni malah mampu bekerjasama sebagai proses ataupun orentasi objek
seni.

Selain itu, pameran Ekplorasi 1997 yang diadakan di Galeri Petronas
juga berdasarkan penampilan perkongsian teknologi dan seni.
1st_Electronic_Art_Show 1998 yang julung-julung kali dibuat oleh Malaysia
merupakan satu lagi usaha Balai Seni Lukis Negara dalam usaha meneruskan
perkongsian teknologi dan seni. Kemudian Bahagian Kajian Sains Angkasa,
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dengan Balai Seni Lukis Negara,
Kementerian Kesenian, Kebudayayan dan Pelancongan menganjurkan ALAMI (1998)
dimana cuba menyatukan antara teori dan praktis pemikiran sains dan
seni.

Gabungan antara teknologi dan seni boleh dilihat sebagai pendekatan
yang bersifat kesepaduan, multi –disiplin dan integrasi yang akan menyentuh
terhadap soal-soal budaya, sosial, ugama, dan bangsa. Ini menjadi soal penting
dalam menentukan kejayaan mengujudkan identiti Malaysia melalui gabungan seni
dan teknologi.

Revolusi Teknologi Tinggi
Kewujudan revolusi
teknologi tinggi ini dilihat sebagai suatu bentuk peluang penerokaan baru oleh
para pelukis. Tidak dapat dinafikan generasi sekarang dan akan datang telah dan
terus terdedah kepada suatu perkembangan zaman teknologi dunia. Rata-rata
manusia memperkatakan dan cuba menempatkan diri mereka dalam zaman ini. Manusia
menganggap zaman ini merupakan zaman Information Technology ataupun Teknologi
Maklumat.

Masyarakat maklumat semestinya dikuasai oleh maklumat dan
teknologi maklumat, seperti masyarakat perindustrian dikuasai oleh jentera,
injin pembakaran serta robot. Sekiranya demikian masyarakat maklumat pasti
berbeza daripada yang ada sekarang kerana revolusi industri yang berasaskan
maklumat, teknologi maklumat, dan teknologi komunikasi akan melahirkan revolusi
industri yang baru yang kesannya tentulah lebih besar dan mendalam berbanding
dengan revolusi industri abad ke 19.[2]

Melalui teknologi tinggi
memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Segala-galanya segera
dan pantas. Disebabkan keinginan manusia berkehendakan atau bertukar atau
mengetahui maklumat dengan segera, pantas dan cepat amat tinggi. Maka melalui
elektronik sesuatu maklumat dapat disalurkan dan disampaikan dengan cepat.
Seperti mana surat berpos hari ini bersaing dengan e-mel yang jauh lebih pantas.
Malah profesyen, sosial, perniagaan, pendidikan dan sebagainya sudah boleh
berlaku secara atas talian (on-line) dan maya (virtual). Kemajuan ini mampu
menjimat masa dan gunapakai tenaga. Tranportasi dan tranformasi maklumat
bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya,
digerakkan oleh peralatan komputer.

Dalam zaman perkomputeran; perkakasan
dan perisiannya adalah merupakan teknologi canggih yang utama yang mampu
menyalurkan berjuta-juta informasi dalam pada masa yang sama. Maklumat ini
disalurkan melalui jaringan atau internet. Maklumat Internet sudah menjadi bahan
rujukan manusia. Kepelbagaian gunapakai Internet diperluaskan. Kepesatan dan
kepenggunaan teknologi sudah dianggap universal dan membawa bersama implikasi
jangka pendek atau jangka panjang, implikasi yang akan disedari sekarang atau
akan datang. Kekuatan yang ada pada komputer kerana ia mampu memberi interaksi
dua (2) hala samada informasi dan lain-lain kepelbagaian guna. Tidak seperti
televisyen dan radio hanya memberi informasi satu (1) hala dan begitu juga
telefon dan faksimili yang hanya menjadi alat komunikasi sahaja. Pun begitu,
sekecil mana keperluan sesuatu peralatan elektronik itu ia tetap menyumbang
kepada aliran teknologi dunia. Teknologi tinggi dan baru ini mampu menjadi
budaya hidup bagi generasi akan datang sebagai suatu keperluan.

Dengan
pengaruh zaman teknologi elektronik ke atas kehidupan inilah, adanya
kecenderungan para pelukis untuk meneroka dan mencuba teknologi ke atas seni
pula. Kini telah banyak peralatan dan objek yang berteknologi elektronik telah
digunapakai oleh para pelukis. Penampilan secara pendekatan eksperimentasi
menjadikan para pelukis berani menggunakan perkakasan elektronik seperti
telefon, mesin faks, mesin fotokopi, ‘overhead projector’, ‘slide projector’,
perkakasan komputer, kamera video secara langsung dan sebagainya. Pada peringkat
awal televisyen dan fungsinya itu sendiri diperkenalkan bukanlah sebagai suatu
kegunaan seni, begitu juga dengan teknologi komputer ataupun pancaran laser pada
asal fungsinya adalah untuk kegunaan saintifik. Walau bagaimanapun, perubahan
fungsi alatan-alatan ini kepada kegunaan seni berlaku berdasarkan rasional dan
relevan para pelukis terhadap zaman. Seperti contoh Nam June Paik menggunakan
video dan televisyen kerana beliau menganggap media massa elektronik sebagai
penyampai dan penyalur propaganda. Oleh itu, beliau telah menukar persepsi umum
terhadap alatan-alatan tersebut.

Penglibatan teknologi dalam seni
terbahagi kepada dua iaitu sebagai alatan dan sebagai objek seni. Dalam alatan
ia berlaku sebagai proses atau persediaan - peralatan, bahan, dan teknik. Pada
peringkat ini keperluan, perlaksanaan dan proses penghasilan seni diambil kira
sebagai alatan. Dalam objek seni ia berlaku sebagai keseluruhan pengucapan,
kaedah penyampaian ataupun penampilan. Ini bermakna keseluruhan peralatan
dianggap sebagai sebahagian seni itu sendiri. Cuma pada hakikatnya manusia
disempitkan oleh definasi teknologi itu sendiri. Ramai yang menerima teknologi
baru tetapi tidak ramai yang benar-benar dapat mengadaptasikan diri dengan
praktik barunya ataupun lebih bersifat luaran sahaja.

Peralihan Ke
Teknologi Komputer

Apabila berlakunya peralihan kepada penggunaan
teknologi komputer maka kepelbagaian media diperkayakan dan proses dapat
diperkembangkan.

“As collage technic replaced oil-paint, the cathode-ray
tube will replace the canveses,” said Paik[3]

Kini elektronik dikaitkan
dengan komputer, sememang hampir keseluruhan peralatan elektronik sekarang ini
dicipta mempunyai keupayaan pemperosesan seperti komputer. Ini berlaku dengan
adanya microchip dan microprocessor. Pada dasarnya hanya generasi baru atau
generasi yang berorentasikan teknologi tinggi saja yang ghairah atau cenderung
terhadap komputer dan keupayaannya. Kerancakan menghadapi alaf baru dan
teknologi canggih menjadi lebel generasi sekarang, generasi siber. Teknologi
perkomputeran sudah menjadi suatu bentuk globalisasi. Kita dapat melihat tempias
teknologi tinggi dan egen transportasinya telah mula menggerakkan seni dalam
bentuk penyampaian yang baru.

Senario di negara kita terhadap
perkembangan ini adalah amat baru, kita hanya mengikut. Jika dilihat pengamal
seni dan pengkarya seni di Malaysia masih lagi menafikan cabaran baru ini.
Mungkin kerana orientasi awal, atau technofobia ataupun mentaliti kita yang
takut untuk membuat anjakan evolusi minda. Sememangnya merintis kepada suatu
yang baru bukannya mudah. Jika bernasib baik kita unggul, jika tidak berlakulah
kontroversi atau dipinggirkan.

Di Malaysia Allahyarham Ismail_Zain
merupakan dan boleh dianggap sebagai pelopor kepada perkembangan seni digital di
Malaysia (Vincent-1988, Nasyid-1988). Proses penghasilan karya-karya ini dibuat
dengan komputer dan dicetak keluar dari mesin pencetak komputer. Perluasan
terhadap seni elektronik dan seni digital hasil daripada kepesatan penggunaan
komputer sedikit sebanyak dilihat mencemaskan pengamal seni konvensional. Ada
yang merasakan penampilan ini menggugat sekaligus ia dianggap bukan lahir
sebagai suatu bentuk seni yang unggul.

Penglibatan elektronik dan
komputer ini bukanlah terus menerus menolak atau mencabar hakikat terhadap
berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul sejak dari zaman
Renaisance. Tetapi melihat keupayaan teknologi komputer, aplikasi perisian,
skrin elektronik, gelombang atau pancaran cahaya elektronik bahkan terkini
Internet ini mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya didalam berbagai
katogari pelantar seni.

Sememangnya pada peringkat awal perkembangan seni
komputer, hasilnya dilihat sebagai output dari rekaan grafik atau dikenali
sebagai computer graphic design. Bagi sesetengah pengamal seni, komputer hanya
sebagai alatan untuk perekaan (design tool). Komputer dianggap sebagai
‘pembantu’. Bagaimanapun Harold Cohen seorang pelukis menjadikan komputer
sebagai ‘pelukis’ dengan membina program sendiri. Beliau mengubah strategi
penggunaan komputer dari pembuat imej kepada pencipta seni.

Maksimum
gunapakai komputer tidak lagi dilihat terhad kepada bebanan sains sahaja. Malah
komputer sudah menjadi universal. Dalam hubungan dengan seni kepenggunaan
komputer terbahagi kepada beberapa bahagian; untuk penghasilan filem atau video,
penghasilan arca maya, menghasilkan seni persekitaran, cakera optikal atau video
dan informasi atau telekomunikasi.

Computer Art is an outgrowth of both
the visual art studio and the computer science department.[4]

Kebanyakan
hasil seni elektronik dan seni komputer ini berlandaskan kreativiti teknologi.
Penghasilan seni elektronik dan seni komputer yang bersifat multimedia yang
mampu berinteraksi dapat mendekatkan antara penonton dan pengkarya. Kini
komputer dimajukan dengan otak palsu (artificial intelligent) yang mampu
berinteraksi secara spontan atau langsung. Otak palsu ini mewakili satu lagi
perubahan paradigma terhadap fenomena digital sejagat. Ia berkeupayaan berfikir
seperti mana manusia berfikir. Dalam hal ini interaksi berlaku antara manusia
dan elektronik. Seni realiti maya (virtual reality) adalah salah satu daripada
kemajuan otak palsu dianggap seni yang tiada bentuk, fizikal, jasad atau badan.
Pengkarya mampu beroperasi tanpa tapak khusus atau penyampaian yang tiada
orentasi objek seni. Hasilnya berkisarkan kepada proses yang dilalui sendiri
oleh penonton. Penonton mengalami hanya secara ilusi. Pengalaman dari seni
realiti maya ini adalah proses interaksi yang dirangsang oleh otak akibat dari
persepsi tampak.

Kepesatan teknologi maklumat pantas ini juga,
mengizinkan sesebuah hasil seni itu berada dalam ruang pameran secara serentak
(tele), atas talian (on-line) dan maya (virtual). Ataupun berlakunya penghasilan
dan pengucapan seni melalui Internet (net art). Melalui seni Internet orentasi
objek seni tidak berlaku tetapi dapat dilihat sebagai suatu bentuk maklumat.
Seni Internet ini mendekat perhubungan antara pengkarya dengan masyarakat,
pemerhati atau penonton. Selain dari itu dapat memudahkan komunikasi yang
terbuka, spontan dan adil diantara lain-lain pengamal seni atau peminat seni
dari pelbagai bangsa, budaya dan agama. Melalui komunikasi Internet berupaya
menjadikan kita sebagai golongan antarabangsa. Besar kemungkinan pengucapan seni
akan datang bergerak dan ditampilkan di atas landasan internet.

Hari ini
Internet dilihat dapat membantu dalam mengatasi masalah ruang pameran yang
terhad dan beban pengurusan fizikal karya. Kini informasi dan aktiviti seni
boleh diperolehi melalui Internet tanpa batasan.

Kepesatan teknologi
komputer turut sama terhasilnya aplikasi perisian yang yang menyumbang kepada
seni dan kreativiti.

The current development in hardware and software
design has democratized the accessibility of machines capable of manipulating
images digitally.[5]

Dengan aplikasi perisian ini memungkinkan kemajuan
kreativiti dimana mampu memperbaiki dan memantapkan nilai-nilai artistik
manusia. Aplikasi perisian lebih bersifat sebagai metafora peralatan.
Penggunaannya berteraskan kepada operasi logik (logical operation). Pemprograman
yang dimajukan dalam penciptaan aplikasi perisian kini secara tidak langsung
bertindak sebagai guru elektronik. Kini seni video juga telah dibantu oleh
komputer bagi tujuan animasi, interaktif dan sebagainya. Lebih menarik lagi ia
dimuatkan dalam cakera padat sebagai suatu bentuk penyampaian interaktif
multimedia.

Oleh itu teknologi tinggi dan komputer tidak sewajarnya
dianggap sebagai peralatan semata- mata kerana ia juga boleh bertindak sebagai
penyataan maklumat yang abstrak. Banyak kemungkinan perlaksanaan seni dapat
dilakukan oleh komputer. Perkembangan ini merupakan lanjutan (extension) dan
kembangan (expansion) terhadap media dan proses. Kebanyakkan program seni di
institusi pendidikan di Barat dan Eropah telah mengujudkan kursus-kursus
‘lanjutan’ ini disamping masih mengekalkan dan meneruskan kursus-kursus yang
berorentasikan media konvensional dan tradisional.

Peralihan ini perlu
dilakukan pendedahan positif secara pendidikan. Di Fakulti Seni Gunaan dan
Kreatif UNIMAS cuba dan telah mengujudkan beberapa kursus yang menjadi
‘lanjutan’ dalam usaha memberi pendedahan pendidikan seni yang menggabungkan
seni dan teknologi. Di atas dasar perkahwinan antara seni dan teknologi inilah
beberapa penerokaan, lanjutan, pembaharuan dan perkembangan gaya pengucapan
tampak dihasilkan. Ini dapat dilihat didalam pameran CIPTA yang diadakan oleh
pelajar Universiti Malaysia Sarawak seperti karya oleh Helena Song
(The_Beginning Is The End Is The Beginning… - 1998).

Ting Ting Hock
(Global_Village - 1999), John Hii Ing Kieng (Privacy Online - 2000). Ketiga-tiga
karya ini merupakan instalasi seni multimedia interaktif yang boleh membina
pengalaman interaksi antara pelukis, karya dan penonton. Mereka cuba
mempelbagaikan bentuk pengucapan dan dilanjutkan sebagai seni internet (net
art). Lanjutan seni mereka telah dirangkaikan kepada laman Internet. Seni
Internet bersifat global dan boleh dilihat oleh sesiapa tanpa perlu pergi dan
berada ditempat yang sebenar.

Perkomputeran telah memudah, meringkas dan
mempercepat perlaksanaan kerja seni. Malah lain-lain peralatan teknologi tinggi
seperti pancaran laser, hologram mungkin satelit digunakan bersama komputer
untuk penghasilan dan penampilan proses seni.

Kesimpulan

Senario di Malaysia; sesetengah pengamal seni meletakkan jurang yang besar
diantara seni dan teknologi. Ini menyebabkan sukar untuk melahirkan kemungkinan
baru dalam pengucapan tampak. Disamping itu penerimaan masyarakat mengakui
perkembangan kesenian yang mampu disatukan oleh teknologi amat mengecewakan.
Mungkin kurang kesedaran dikalangan pengamal seni mahupun masyarakat bahawa yang
digunakan sekarang adalah teknologi lalu.

Inovasi teknologi telah lama
wujud sejak zaman gua batu lagi. Kita mungkin tidak mengganggapnya begitu kerana
kita tidak langsung sama sekali melaluinya. Contohnya apa yang dicipta oleh
manusia zaman batu seperti senjata, peralatan harian adalah suatu inovasi
teknologi dimasa itu begitu juga di zaman pertanian dan di zaman industri. Dan
dari masa-kesemasa inovasi teknologi ini berubah dan mengalami pembaharuan
disebabkan evolusi perkembangan dan pemikiran manusia yang inginkan perubahan
dan kemajuan. Menjadikan teknologi tinggi elektronik sebagai orde baru
dunia.

Dan kita tidak perlu risau alatan dan media konvensional yang ada
tetap akan unggul meskipun seni berasaskan elektronik dan seni teknologi
komputer mampu mengembangkan kepelbagaian pengucapan seni tampak. Usaha ini
dilihat bagi memperluaskan dan memperkayakan teknik, proses, bahantara, bahan
dan aliran seni.

Dengan kesedaran ini dapat dilihat teknologi mampu
mengembangkan kepelbagaian pengalaman dan aktiviti manusia. Dimana boleh menjadi
dan membina nilai artistik dalam keharmonian kehidupan masyarakat dunia.
Walaupun keupayaan teknologi tinggi dapat mengatasai keupayaan manusia, tetapi
ia masih tidak menyempitkan dan memisahkan nilai kemanusiaan. Jelas disini
teknologi dan seni boleh digabungkan, perlu-merlukan, ada perhubungan antara
satu sama lain – ada teknologi dalam seni dan dan ada seni dalam teknologi.
Dalam hal ini juga kita tidak mahu mereka yang technoscience menganggap ini
sebagai ‘kesenian teknologi’ semata-mata (the art of technology). Kita boleh
lihat di sini berlakunya komunikasi dua hala dan pertukaran kefahaman antara
manusia dan teknologi. Ini menggalakkan perkembangan komunikasi, serta
meningkatkan perhubungan antara manusia dalam proses kreativiti, dan interaksi
antara manusia yang mencipta konteks dan kandungan.

Kebanyakan hanya
pengamal seni generasi baru atau mereka yang inginkan perubahan sahaja yang
dilihat berani untuk melibatkan penggunaan teknologi komputer didalam
penghasilan karya seni. Ini menandakan bahawa majoriti generasi baru tidak
bersifat technofobia. Dengan ini kita nampak generasi baru dianggap generasi
yang mudah menelan dan mencerna teknologi elektronik walau dalam apa bentuk
sekalipun.

MelaTeknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alat dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi hadapan. Sekaligus tranformasi seni ini boleh dijadikan pemangkin kepada pendidikan dan pengajaran. Tidak dapat dinafikan generasi

Melalui kepesatan teknologi komputer dan sistem komunikasi
internet, kini pengalaman seni mampu dikecapi dengan teknologi yang sama.
Menyempitkan pemahaman terhadap seni dan sains akan menjadikan aplikasi
teknologi itu terhad didalam bidang seni dan kemanusiaan sahaja. Oleh itu,
golongan ilmuan dan pengamal kedua-dua bidang telah membina perspektif dan teori
baru dengan meletakan nilai-nilai artistik dan kemanusian didalam komputer.
Sekurang-kurangnya teknologi memperuntukkan teknikaliti dalam pembuatan, mampu
menjana kemungkinan penerokaan baru dan memberi kepuasan bagi mencapai kehendak
inovasi artistik.

Bagaimanapun dalam masa mengharungi perubahan dan
perkembangan ini seharusnya pengamal seni tanah air tidak mengenepikan elemen
dan prinsip budaya bangsa sendiri yang ada kekuatannya dan mampu memeriahkan
seni tampak. Bahkan ini merupakan dasar yang dituntut dalam gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang mahukan kewujudan suatu bentuk identiti nasional
melalui perpaduan kaum dan seni budaya Malaysia. Justeru itu dengan penerimaan
dan pengiktirafan ini boleh mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu
memberi pilihan kepada generasi akan datang.

lui kepesatan teknologi komputer dan sistem komunikasi

Tidak ada komentar: